Politik atau siasah merupakan antara cabang hidup yang sangat penting dalam urusan kita untuk membina ummah. Selain daripada ibadah khusus, ekonomi, pendidikan, pembangunan sosial dan pembangunan fizikal, tidak kurang pentingnya dalam meneruskan agenda pembentukan ummah yang madani. Perkara ini sebenarnya saling berkait rapat disebabkan ia memerlukan antara satu dengan lain, kerana Islam itu adalah cara hidup untuk membentuk kesejahteraan dalam kehidupan.
Apabila politik itu stabil maka semua urusan dalam kehidupan dapat berjalan dengan baik dan begitulah sebaliknya. Contoh yang paling tepat untuk kita jadikan panduan ialah bagaimana tindakan politik Nabi Muhammad s.a.w yang telah membentuk Piagam Madinah kerana mahu mewujudkan sistem keadilan bagi masyarakat Madinah ketika itu tanpa membezakan bangsa dan keturunan. Piagam Madinah adalah asas yang paling berkesan untuk membinaan kembara dakwah yang lebih mantap dengan memperkukuhkan sistem dan iltizam politik Islam.
Politik telah dijadikan sebagai saluran dakwah yang paling berkesan ketika itu, hinggakan sokongan terhadap Baginda telah merentasi bukan sekadar diperolehi di kalangan umat Islam tetapi juga bukan Islam. Natijahnya kesan yang paling manis atas kesabaran Baginda ketika berdakwah maka ramai yang memeluk Islam kerana terpikat dengan hikmah dan siasah dakwah Rasulullah s.a.w. Ianya memberi pengertian bagi kita agar turut memberi tumpuan politik sebagai medan dakwah Islamiah. BACA SELANJUTNYA