Anak derhaka - PUNCANYA siapa?

Antara faktor utama yang menjadikan anak-anak derhaka ialah kurangnya pendidikan agama dan kesedaran beramal dengannya. Amatlah malang sekiranya kita mempunyai anak yang berjaya dalam pelajaran dan kerjaya tetapi bersikap buruk dan menderhaka kepada ibubapanya.

Sesungguhnya berbuat baik kepada ibubapa bermakna bakal mendapat layanan yang baik dari Allah SWT dan begitulah sebaliknya. Hakikat ini perlu diterima oleh kita semua kerana tanpa ilmu agama, sudah tentu untuk menangani gejala penderhakaan terhadap kedua ibubapa amatlah sukar. Sedarilah bahawa pedoman yang paling berkesan ialah pedoman daripada panduan yang digariskankan oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Apa juga usaha jika tidak mengikut ajaran agama maka hasilnya akan menjadi sia-sia.

Ibubapa hendaklah memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka. Antara peranan dan tanggungjawab ibubapa ialah;
1. Ibubapa hendaklah mengajar anak-anak dan ahli keluarga dengan pendidikan agama yang sempurna.

2. Ibubapa hendaklah menjadi model dan guru dalam membimbing keluarga.

3. Ibubapa hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga dalam usaha menjadikan kehidupan yang selesa.

4. Ibubapa hendaklah berusaha membentuk akhlak dan peribadi anak-anak mengikut cara hidup Islam.
Baca selanjutnya