CINTA SEJATI @Rumahtangga

Cinta yang murni hanya lahir dari naluri yang suci dan dipandu dengan syariat Islam. Cinta adalah fitrah semulajadi manusia. Islam juga adalah agama fitrah yang sentiasa menyediakan panduan dan saluran untuk manusia memenuhi tuntutan fitrahnya. Firman Allah SWT dalam surah Ar-Rum ayat 30:

"Maka hadapkanlah wajahmu (mengikhlaskan dirimu) ke arah agama Allah- fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu, tidaklah patut ada sebarang perubahan pada agama Allah itu; itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui".

Justeru, untuk memastikan jalinan cinta kasih kekal abadi di dalam rumahtangga kita perlu merujuk kepada panduan Islam. Kita perlu saling kenal-mengenali, memahami antara sesama pasangan suami isteri berdasarkan syariat Islam. Firman Allah SWT di dalam Surah An-Nisa' ayat 1:
"Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu (bermula) daripada diri yang satu (Adam),dan daripadanya Allah menciptakan isterinya (Hawa) dan juga membiakkan daripada kedua-duanya-zuriat keturunan- lelaki dan perempuan yang ramai; dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahmi) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu". Baca selanjutnya