Kewajipan BERDAKWAH

Dalam konteks hidup bermasyarakat, Islam menetapkan perlunya ada kelompok yang berperanan dalam melaksanakan tugas dakwah. Allah SWT berfirman dalam surah Ali ‘Imran ayat 104:
"Hendaklah di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji). Mereka yang bersifat demikian itulah orang yang berjaya"
Berdasarkan ayat tersebut, tugas dakwah itu merangkumi tiga bidang iaitu;

Pertama: Kewajipan menyeru kepada kebajikan merupakan tanggungjawab bagi setiap Muslim.

Kedua: Kewajipan menyuruh kepada kebaikan iaitu dengan menggunakan kuasa atau pengaruh yang ada pada kita.

Ketiga: Kewajipan melarang atau mencegah daripada melakukan segala kemungkaran yang dilarang oleh Allah SWT.

Ketiga-tiga bidang dakwah itu, perlu dilaksanakan secara bersama bagi menjamin kelangsungan masyarakat Muslim patuh kepada perintah Allah SWT. Oleh kerana itu, tugas dakwah ini sangat penting sehingga ia menjadi syarat kemuliaan ummah. Umat Islam hanya akan menjadi mulia apabila kita melaksanakan tugas ini. Baca selanjutnya