Penyelewengan kepercayaan dan pengamalan Syiah yang berbeza daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah jelas. Syiah menafikan dan menolak al-Quran yang ada di tangan kita pada hari ini. Syiah menolak hadis-hadis atau riwayat-riwayat para sahabat besar Rasulullah s.a.w seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan lain-lain. Penganut fahaman Syiah mengamalkan amalan-amalan yang telah difatwakan bercanggah dengan ajaran islam yang sebenar oleh para ulama dan institusi-institusi Islam.
Hadis daripada Irbid bin Sariah R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya aku telah tingggalkan bagimu agama yang jelas nyata dari sebarang kesamaran. Jelasnya diibaratkan gelap malam gelita seperti siang harinya. Sesiapa pun tidak akan tergelincir darinya selepasku melainkan mereka yang ditakdirkan binasa. Sesiapa yang hidup selepas itu akan melihat kekeliruan yang banyak sekali. Maka hendaklah kamu berpegang dengan apa yang telah kamu ketahui dari sunnahku dan sunnah khulafa' rashidin yang terpimpin. Peganglah kepercayaan itu dengan teguh". (Riwayat Ibnu Majah)
Hadis di atas menjelaskan bahawa Khulafa al-Rasyidin iaitu Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali adalah para pemimpin yang terpimpin dengan tunjuk ajar daripada Nabi Muhammad s.a.w. Begitu juga sekalian para sahabat, mereka adalah umat terbaik selepas kewafatan Baginda s.a.w. Justeru, kita sebagai muslim mestilah berhati-hati dengan kepercayaan, pegangan dan ideologi yang jelas menyalahi serta menyeleweng daripada perkara asas dalam ajaran Islam, apatah lagi yang telah diwartakan sesat, menyeleweng dan seumpamanya. Dalam menghadapi kemelut kepercayaan, para ulama adalah mereka yang berkelayakan untuk kita rujuk. Sesungguhnya Islam adalah agama yang jelas kebenarannya dan jelas juga batas-batas kekufurannya. Baca selanjutnya